HOME | M4

Sunday, January 10, 2016

Brutal Kiddo : sepatah dua kata

Assalamualaikum and hello

Well tbh aku nda tau pun mo letak tajuk apa sebenarnya. Just. I just wanna share my story. Thats what blog function supposed to be right? So let the story begin.

Masa tu hari jumaat. Di pendekkan cerita, kelas haritu sampai jam12 sahaja. Sebahagian housemate ku sudahpun dalam perjalanan menuju ke rumah sendiri. Segelintir lagi masih tercongok dalam rumah sewa. Seperti biasa, bilik kami merupakan port terbaik utk melepak.

Tapi haritu, cuma aku dan E sahaja dalam bilik. Kami bercerita bermacam hal. Tiba-tiba E bertanya

"**** pernah tak teringin nak pegi KL?"

Kah! Jujur aku katakan, aku terkejut. Kemudian wajah ku berkerut. Cuba mengingat kembali detik "pernahkah aku teringin utk kemari?" peh. Aku yg prejudis terhadap bumi mereka ini? Hahah! Silap besar pertanyaan itu. Aku cuma teringin ke sunway lagoon sahaja. Itu pun sewaktu aku masih setahun jagung.

Seperti yg aku katakan, aku manusia prejudis. Tanah semenanjung ini dan org nya tidak terkecuali dalam senarai antara perkara yg aku prejudis-kan dalam kehidupan.

"Aku? Teringin datang sini? Rasanya xpernah hahah" jawab ku selamba.

Sebenarnya cuba menahan diri utk menjawab "apa yang hebat sangat di sini utk aku lawati?" hah! But i am a profesional girl. Mengikut perasaan tanpa berfikir bukan 100% aku. Lebih baik mengambil langkah berhati-hati.

Dia kemudiannya kelihatan agak sentap. Ahh! Peduli apa aku! Persetankan ini semua. Orang-orang kau yg terlebih dulu prejudis dgn negeri aku. Terlalu banyak prasangka buruk. Terlalu banyak kehinaan yg kau lihat pada negeri aku. Kau berharap aku memandang tinggi akan tanah di sini? Tsk! Silap besar.

Berbulan aku duduk di tanah ini. Berbulan aku bergaul dengan mereka. Mungkin terlalu awal membuat spekulasi akhir. Memang perangai ku. Aku seorang yg sangat susah utk "jump into a conclusion without observation" senang cerita, aku bukan tipikal malayan hah! Infact I am not malay hahahah. Iam pure sabahan ok!

Berbalik cerita tadi, berbulan lamanya aku duduk di sini. Kadang aku cuba juga tepis pelbagai prasangka buruk terhadap mereka. Tapi seperti aku katakan. aku xmudah jump into conclusion. Maka agak bergelut juga untuk menerima adab dan kehidupan mereka ini.

Mula-mula berada disini aku dapat rasakan mereka tidaklah terlalu jahat seperti yang aku imaginasikan dalam minda. Tapi, satu yg aku akui. Mereka hipokrit. Ketebalan hipokrit dalam diri mereka umpama sifat semulajadi yg mengalir dalam darah masing-masing. Dalam erti kata lain, hipokrit merupakan amalan yg mesti ada dalam kehidupan mereka antara sedar atau tidak.

Kerana itu, aku sekarang sangat berhati-hati. Kepercayaan. Itu teras utama utk persahabatan. Tapi aku masih belum mampu menaruh kepercayaan terhadap mereka. Mereka yg baru berapa bulan aku kenali. Lagi-lagi mereka yg termasuk dalam senarai prejudis ku. Hahah! No way okay. Bukan mudah utk tembus dalam dinding yg aku bina antara mereka dan aku.

Di sini aku melihat sahabat mengutuk sahabat. Sahabat membelakangkan sahabat. Sahabat menebar cerita tentang sahabat. Tapi masih berlagak umpama merekalah sahabat sehati sejiwa. Well, Its like BFF-BEST FRIEND FOREVER stuff. Aku hanya pemerhati. Tidak berpihak pada mana-mana kumpulan. Aku ada pegangan sendiri. Ada prinsip sendiri.

Mungkin kau boleh kategorikan aku sebagai talam. Tapi aku bukanlah si talam dua muka. Sebaliknya aku hanya satu muka. Aku pernah cerita. Aku umpama sesumpah. sesumpah yg seringkali berubah warna mengikut persekitaran. Demi menjaga kepentingan sendiri. Dan hanya memakai warna sendiri bila berada di zon selesa

Kadang aku kasihan. Kasihan pada mereka yang menyangka mereka telah jumpa pada sahabat sejati. Walhal, dibelakangnya, sahabat itu tidak seperti yg di bayangkan. Cis! Kau terlalu muda dalam hal ini. Kau perlu tahu, pengalaman itulah yg mendewasakan. Yang akan membuat kau tidak mudah membuat keputusan seperti itu.

Aku punya seorang kawan. Bukan seorang sebenarnya. Tapi beberapa org kawan yg bagiku perangai mereka cukup membuat aku ingin membunuhnya pada hari pertemuan itu juga. Tapi, semua itu hanya angan-angan. Aku yg selalu tersakiti mengerti apa rasanya disakiti sahabat. Aku sangat mengerti.

Mereka bersifat begitu kerana masa silamnya. Jalan ceritanya yg agak dahsyat mengubahnya menjadi manusia dahsyat. Kerana kisah silam mereka itulah yg membuat aku masih bersimpati dengan mereka. Seperti org lain, aku juga punya kelemahan.

Kelemahanku yg hakiki adalah, aku terlalu mudah bersimpati. Dek kerana itu jugalah aku selalu menjaga hati mereka. Mungkin tidak sehebat dahulu. Tapi aku masih mencuba. Mencuba menjaga hati mereka. Kerana aku tau apa itu sakit. Sakit kerana sahabat. Aku faham. Sakit kerana keluarga. Aku faham.

Mungkin pada mata kasar mereka, aku masih mentah. Tidak punya pengalaman. Walhal, i am an undercover kiddo. Andai di buka penyamaran ini, pasti kau tidak terkata. Pasti banyak parut yg terukir di sana sini. Seperti ayat cliche yg aku guna pakai "pengalaman mendewasakan".

Penyamaran inilah yg boleh membuatkan aku menilai mereka dgn mudah. Membuat kajian. Cuba mendedahkan wajah sebenar disebalik topeng mereka. Agar aku tidak tersilap langkah. Seperti mana kesilapan dahulu. Tapi tidak aku kesali. Kerana yg berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita saja yg perlu pintar mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.

Rasanya cukuplah aku berleter sampai sini. Ketandusan idea. Ceh hahaha. Ok teda kaitan. Tu ja la mo cerita

Copyright Mischievous Four. All right reserved.