ASSALAMMUALAIKUM~
Hai sisters and readers~! Tadi pagi lepas sahur and tengok tv kejap gua pergi sambug tidur. Dalam tidur2 tu pelbagai la benda gua termimpi. Segala makanan gua mimpi. Betul ! Sedapnya lahh. Huss~ Bulan puasa ni lah pula mimpi makanan banyak2. Then saya juga mimpi pasal my granny and my mom. Mereka berbaik ! Well, ia memang suatu benda yang baik. Dan saya happy. Saya berharap suatu hari nanti benda ni akan berlaku secara realiti.
Okei. So pagi2 tu lepas tersedar dari mimpi, gua sambil senyum2 terus bagitau mama
Aku : Ma, aku mimpi mama berbaik dengan opah
Mama senyum : Bagus la bah
Then mama gua minta tolong buat kueh. Ada orang order. Jadi saya pun bangun la. Dalam buat2 kuih tu saya mula lah cerita2 pasal mimpi yang saya alami tu, to my mom. Saya cakap lah "kan bagus kalau banar2 baik." Masa ni kami cerita pasal mimpi saya yang konon, my mom and my granny berbaik. Kemudian saya pun mula lah menasihat my mom supaya cuba dan sentiasa cuba untuk berbaik balik dengan my granny. Masa tu memang hangat perbicaraan kami. Masa cakap2 tu rasa macam mo gugur ja airmata ni menasihat.
Oke memang lah nampak terbalik. Apasal lah pula gua yang nasihat my mom kan. Nampak macam gua lebih berakal pula. It's not like that sebenarnya. Saya sebenarnya suda muak ! Muak dengan perbalahan yang nda pandai bersudah ni. Hidup dalam dendam. Tiada yang untung ! My mom sebenarnya banyak kali mo berbaik. Tapi my granny tu. EGO ! EGO dia tinggi. So last2 my mom buat keputusan untuk diam. Diam saja la. Bila bercakap tiada guna. Kalau bercakap nda kena layan.
Then habis sudah. My mom menang. Dia cakap2 la. Aku pula diam. Aku nasihat pun tiada guna. Bukan aku yang rasa kan. Tiba2 aku terfikir. Macam mana pula hubungan aku dengan second family ? Tiba2 rasa macam tersedar. Ohh~ Nampaknya aku juga sama. Bila fikir2 banyak kali. Sebenarnya masalah kita patut sudah habis. Patut sudah baik macam dulu. Tapi saya keturunan yang EGO. Saya sudah terlalu makan hati dengan durang. Tu yang buat saya rasa macam benci+menyampah tengok durang. Saya fikir tidak adil. Sebab durang banyak kali melukakan saya then minta maaf gitu ja. Then saya dengan baik hati say "Ohh~ Xpa saya dah besar." Apa durang fikir ni semudah kicap ABC ? ! Oke tiada kaitan !
Apa yang saya mo sampaikan sebenarnya, saya rasa macam nda adil. Contoh macam baju. Suka hati ja ko mo kasi koyak. Lepas koyak ko jahit balik. Tapi bekas tu. Bekas jahitan tu. Bekas tu yang nda kan hilang. Itu la sebenarnya cerita saya. Hati ni berparut ! Calar sana sini. Durang fikir lepas minta maaf everythings gonna be alright, apa ? ! Husshhh~! Tolong oke. Parut dalam hati gua ni kalau ko guna ubat kasi hilang parut pun nda kan hilang ! Tapi~ Nanti kalau saya mati. Saya kena tanya. Apa saya mo jawab ? ? ?
Then saya buat keputusan that maybe saya boleh kembali baik macam dulu ? Mungkin saya boleh cuba untuk berhenti membenci durang. Cuba untuk accept durang perlahan2. Tujuan saya post benda ni sebenarnya mo minta support from dear sisters. Bantu saya untuk hilangkan perasaan benci ni. Tapi saya nda mo la baik yang drastik. Biar saya cuba ubati dulu hati yang berparut ni. Ikutkan hati sebenarnya aku lagi suka tengok kalau second family hancur gitu ja. Tapi bila fikir2 balik. Rasa macam "Ohh~ Kejamnya aku ! Aku cuba putuskan silaturrahim antara kamu." Aku mo kita gini ja. Macam keadaan sekarang. Keadaan kita sekarang dengan second family. Aku lagi selesa gini. Biar lah kita gini. Saya cuma mo hapuskan perasaan benci tu saja. Itu ja~
Hahh~ Saya tia mo ada musuh. Kalau boleh mana ja saya pergi, saya ada kawan. Kawan yang saya boleh bawa ketawa dan bole nangis sama2. Oke saya mo macam peribahasa "Biar ramai kawan jangan ramai lawan."
Oke la itu seja. Gotta go~ Good Luck trial !