HOME | M4

Tuesday, December 22, 2015

Brutal Kiddo : so here it is....my stories

04 DISEMBER 2015
Terkocoh-kocoh aku bersiap mengejar mereka. Aku memakai baju kurung hijau-oren milik makcik ku. Jam sudah menunjukkan pukul 2 lebih. Alamak! Aku sudah terlambat. Kalau bukan sebab paksaan, aku tidak akan terhegeh-hegeh seperti ini. Asalnya memang aku berniat utk ikut. Tetapi aku batalkan niatku kerana sebab-sebab tertentu. Tapi akhirnya rancangan hanya rancangan. Aku di paksa ikut.

Sampai di destinasi yang kami tuju, aku terus keluar. Ikutkan hati, mahu saja aku berlari naik ke atas. Tapi aku harus menunggu makcik ku. Maka ku tahan hati yg sedang terlonjak-lonjak ingin berlari. Lambat betul pergerakkan makcik aku ni. Macam mak datin sahaja lagaknya. Ugh!

Fuhh~ nampaknya belum mula lagi. Aku menarik nafas. Cuba menstabilkan kembali pernafasan yg sedari tadi bergerak agak laju dari biasa. Lega sebentar. Aku mengambil tempat dan berbasa basi dengan orang sekeliling ku. Ku pandang sekeliling, masih ada yg belum sampai. Patutlah belum mula lagi.

Tidak lama kemudian suasana yg suram bertukar agak bercahaya. Umpama bidadari turun ke langit. Itu dia! Sudah sampai akhirnya. Tapi, masih ada seseorang lagi yg di tunggu. Haih. Mamat ni. Sabar sajalah kami menunggu. Tidak lama kemudian, yg dinanti akhirnya tiba.

Majlis dimulai, aku mencapai telefon oppo milik ibu ku dan merakamkan detik bahagia itu

"Aku nikahkan akan dikau.... Bla bla bla"

Majlis di mulai dengan abang kedua ku. Alhamdulillah. Setelah dua kali lafaz, si perempuan sah bergelar isteri. Jujur aku katakan, aku memang gembira. Kali ini, giliran abg sulung ku pula. Alhamdulillah. Sekali lafaz sahaja nampaknya. Hmm, adakah dia berlatih utk melafazkannya selama ini? Lancar benar ku lihat.

Maka dengan lafaz tersebut, sahlah perempuan-perempuan tersebut menjadi kakak ipar ku. Abang-abang ku pula sah lah menjadi suami orang. Alhamdulillah. Syukur pada Allah majlis berjalan dengan lancar.

05 DISEMBER 2015
Jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih. Kelibat si pengantin lelaki pihak bongawan masih belum kelihatan. Keluargaku sudah bising menanti dek kerana terik matahari yg menyengat kulit kami. Ku lihat abg sulung ku F, juga sudah berkerut-kerut menanti birasnya. Mereka sepatutnya bersanding bersama.

Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati. Mana tidaknya, dari hari nikah lagi lelaki itu asyik lambat. Jam sepatutnya mereka bersanding juga telah lepas. Keluargaku pula sudah berjam-jam menanti pihak mereka.

Setelah berjam-jam menanti, pihak bongawan pun sampai. Kami pun mulai bergerak masuk ke dalam dewan. Dewan sudah agak lengang. Ya lah. Siapa sahajalah yg sanggup menanti berjam-jam lamanya utk melihat sang pengantin bersanding?

Mujur kelewatan si pengantin lelaki bersebab yang munasabah. Kalau tidak, memang mengamuk lah aku.

Kami tidak menunggu lama. Masih banyak kerja yg perlu kami lakukan di rumah. Selesai menghantar pengantin lelaki, kami duduk sebentar dan kemudian bertolak balik ke rumah.

06 DISEMBER 2015
Hari yg dinanti kini tiba. Aku datang lambat ke dewan. Semuanya gara-gara abg ketiga ku, Y. Lambat benar! Hari ini, utk kesekian kalinya aku memakai baju hari raya ku. Hanya utk majlis ini. Kah! Dress labuh berwarna ungu gelap dengan tudung bawal crepe berwarna peach dan selipar hitam abg kedua aku yg sudah haus tapaknya. Hell yeah! Tak sangka di hari penting ini aku akan berpakaian seumpama ini. Well, if you know what I mean.

Aku berlagak seperti biasa. Semuanya berjalan seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Walaupun sedikit kekecohan terjadi ketika hendak menyediakan kek. Hah! Kek yg abg ketiga aku buat dan dibantu oleh aku. Jujur aku katakan, kek tersebut memang cantik. Walau hakikatnya, hanya Tuhan, aku dan abg ketiga ku sahaja yg tahu akan kebenarannya hoho.

Aku ternampak akan kelibat seseorang yg ku kenal. Cis bedebah! Balik dan tidak memberitahu ku? How rude!

"Hmm. Cakap nda balikk"

"Aku pun baru balik kemarin wui"

"Mm yalah! Jadi bila balik KL?"

"Aku balik selasa. Tapi malam. Tarus ke johor"

"Nahhh. Haihh. Hmm ya laa. P la. P la"

Cis! Sudahlah balik tidak berbunyi. Malah waktu pulangnya juga berbeza benar dengan aku. Haih. Pakcik pakcik. Mana janji lu mau jaga gua? Keh. Dia merupakan kawan kepada abg kedua ku, H. Kami kenal sedari kecil lagi. Dia juga menganggap aku sebagai adik kecilnya. Aku juga begitu, menganggap dia sebagai abg tambahan ku yg tidak pernah aku pinta.

08 DISEMBER 2015. 1230 p.m.
Hari ini, aku lengkap dengan t-shirt hitam berlapiskan jaket denim dan seluar khakis kelabu cair serta tudung bawal crepe biru dan juga, tidak lupa untuk menyarungkan sneakers merah hitamku. Aku sudah bersedia. Hari terakhir aku berada di Sabah dan hari terakhir aku meluangkan waktu di negeri dibawah bayu itu.

Aku kemudiannya melangkah masuk ke dalam perut kapal dengan penuh keterpaksaan. Aku menghantar pesanan ringkas dalam Whatsapps kepada keluarga dan sahabat ku sebelum telefon pintar itu aku setkan kepada flight mode.

Perjalanan kali ini tidaklah terlalu janggal seperti yang lalu. Kerana aku ditemani oleh sepupu ku. Tambahan pula aku mendapat tempat duduk berdekatan orang bongawan yang kebetulan merupakan adik-beradik-ipar-sepupu ku. Aku berada di seat 8F. Sepupuku pula duduk di seat 31F

Sepanjang penerbangan aku memilih untuk berdiam sahaja. Sekali sekala menyahut apabila orang disebelahku bertanyakan beraneka soalan kepadaku. Sambil merenung keluar melihat keindahan ciptaan Ilahi.

Tepat jam 1500 p.m. aku sampai di tanah semenanjung malaysia. Seperti biasa kami akan menurut prosedur keluar dari perut kapal tersebut. Usai segala urusan, kami singgah di McDonalds untuk mengalas perut.
Perjalanan kami teruskan dengan mengambil KLIA Express ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, aku dan sepupu ku bersalaman. Kami mula berpisah untuk menuju ke destinasi masing-masing. Seperti biasa aku akan membeli tiket KL sentral-Batu3 dan menunggu train di platform yang berkenaan.

Train yang ku maksudkan telah sampai. Bergegas juga aku masuk ke dalam demi mendapatkan kerusi. Namun hampa. Manusia-manusia pentingkan diri nampaknya telah mengisi semua kerusi di dalam train ini. Aku tiada pilihan. Terpaksa berdiri. Tidak lama kemudian aku tiba di stesen ktm Batu3.

Aku berjalan dengan perlahan dek keberatan bagasi ku sendiri. Akhirnya berjaya juga aku meloloskan diri dari manusia yang berhimpit-himpit sesama sendiri dan keluar dari platform menunggu train tersebut.

Setibanya aku di luar pagar, bayangan temanku yang seharusnya mengambil aku, belum tiba. Mood ku telah bercampur baur. Aku penat. Lenguh. Marah. Sokay. Aku hanya membatu sambil menekan-nekan telefon dgn perasaan marah. Hampir satu jam setengah lamanya aku menunggu. Akhirnya mereka tiba.

Setibanya aku di kereta Myvi putih tersebut, aku hanya mendiamkan diri. Mereka cuba memujuk ku dengan memberi pelbagai alasan yang hanya menambahkan kemarahanku. Marah ku membuak apabila mengetahui rupanya mereka telah lama tiba disitu. Cumanya, S malu untuk menyapa aku kerana dia memang seorang yg agak menjaga batasnya dgn perempuan.

Fuhh. Aku menghembuskan nafas dan berkata "Jangan bercakap dengan aku" itu sahaja yg aku keluarkan. Masing2 kemudiannya membatukan diri. Cis.

Asalnya, kami berempat. Tetapi, teman perempuanku keluar bersama geng kamcengnya. Maka, tinggallah aku seorang dengan dua orang budak lelaki merangkap classmateku yang duduk di kerusi hadapan. P dan S. P adalah pemandu kami. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

"Eh kita nak pegi mana dulu ni?"

"Solat dulu ahh"

Aku hanya diam mendengar perbualan mereka.

"Ahh ** kite gi solat dulu eh?"

"Mm" jawabku sepatah.

"Kau dah solat ke **?"

Lama aku berdiam diri. Kemudian

"ABC" jawab ku.

"Haduhhh. Asal semua nak ABC ni? Takpe-takpe. Aku percaya kau **"

Sibuk! Marah ku di dalam hati.

Kami kemudiannya berbual-bual mengenai aktiviti kelas sepanjang ketidakhadiran ku ke kelas.

Sesampai kami di Tesco Shah Alam, aku meraba-raba poket seluar ku. Shit! Dompet aku hilang! Ahh sudah. Mood yang tadinya mulai pulih kembali hambar.

"Weh! Dompet aku mana weh?!"

"Hah asal? Dompet kau hilang ke? Cari betul-betul **. Kat beg kau ke"

"Tedaaaa! Aduhhh. Haih"

"Jumpe tak?"

Aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Memandangkan mereka berkejar untuk mengerjakan maghrib, aku membiarkan mereka pergi terlebih dahulu. Manakala kunci kereta aku yang pegang. Pandangan ku kosong. Aku penat. Tak mampu untuk berfikir secara waras dan mengingati keberadaan dompet ku. Mulai saat itu, aku telah isytiharkan dompet ku hilang tanpa jejak walau sebenarnya aku masih berharap ia ada di luar sana. Menanti aku untuk menuntutnya kembali. Ceh!

Wajahku sugul sambil menanti dua ekor mamat tersebut menunaikan ibadah dan bershopping sebentar. Mereka hanya memerhatikan aku. Entah apa yang ada di dalam fikiran mereka. Aku tidak punya waktu utk menelaah fikiran anak-anak tersebut. Jujur, aku serabut!

"Emm jumpe x?"

"Nda. Ntah la"

"Takpe. Cari betul-betul. Kat beg-beg kau tu. Kat belakang ke. Kat bawah ke. Nah amik telefon aku ni"

"Pfft! Apa tu? Teda lampu pun"

"Aikk? Mati lak"

Aku mengambil telefon pintar P utk menyuluh sekeliling kawasan tempat duduk belakang tersebut. Namun, hanya kehampaan mengisi hati. Dompet tersebut benar-benar telah hilang. Aghh! Aku mengembalikan telefon tersebut dan menghentikan misi pencarian. Mission abort! Victim nowhere can be seen.

"Apa je yang ade dalam tu?"

"Teda apa juga yg penting. Kad bank aku ja"

"Ohh. Mm. Kau kene block tu."

Aku hanya mengangguk. Tanda mengiyakan kata-kata mereka walaupun sebenarnya mereka tidak akan nampak anggukan tersebut.

Mujur aku tidak memasukkan duit di dalam dompet tersebut. Hakikatnya, dalam dompet tersebut hanya ada 3 ringgit dan beberapa keping kad bank, kad sim dan kad yang aku pun tidak berapa pasti apakah fungsinya.

"Kau ade duit tak? Boleh pinjam duit aku dulu. Takpe"

S membebel utk membantuku dan sebagainya. Aku hanya membatu sambil didalam hati berkata "nda payah berlagaklah. Pui" Aku memang agak sensitif dengan kata-kata lelaki. Aku tidak percaya akan kata-kata mereka. Bagiku mereka umpama menanam tebu di tepi bibir.

"Mm **, kite gi giant dulu ekk. Takpe kan?"

"Hmm. Napa?" jawabku dengan malas sambil bertanya.

"Ahh tak jumpe lagi ahh almari tu"

Kereta kemudiannya meluncur ke pasaraya Giant di seksyen 13, Shah Alam. Mood ku hampir hilang. Keserabutan mulai bersarang dalam otak ku. Sampai di Giant aku hanya mengekor mereka berdua dengan langkah perlahan dan teragak-agak dengan harapan mereka akan meninggalkan ku.

Sangkaan ku meleset. Mereka sebaliknya berpaling dan menunggu ku. Terasa agak pelik bila mereka memandangku dengan pandangan "are you okay?" ceh! Don't worry. Iam an expert dalam kes ubah-ubah feeling ni hahahahah.

"Kau okay tak ni?"

"Okay"

"Kau dah makan ke? Tak lapar?"

"Nda. Aku baru ja makan"

ceh ayattt. Padahal aku ni kalau orang tawar pasal makanan memang takkan lepaskan peluang. Tapi kali ni tidak. Aku malu and malas.

"Kalau lapar, cakap jee"

Kami kemudiannya masuk ke dalam Giant. Mereka dengan urusan mereka. Aku dengan urusan ku. Aku berjalan menuju ke gerai bakery. Membeli sebotol mineral untuk mewaraskan kembali urat-urat otak ku yang telah berserabut. Tiba-tiba aku teringatkan akan sepupu ku di wangsa maju. Hanya dia tempat aku meminta pertolongan sekarang.

Tanpa berlengah lagi, aku terus mencari namanya dalam contact number telefon ku. Aku berjalan mundar mandir di hadapan kedai bakery tersebut sambil menyuarakan masalah yang ku hadapi kepada sepupu ku itu. Dia kemudiannya memberikan nombor Bank kepada ku. Sejurus mendapat nombor tersebut, aku terus menelefon dan menguruskan apa yang patut.

Selesai satu urusan. Satu lagi kad bank perlu disekat. Aku cuba bertanyakan sesiapa akan nombor bank tersebut. Bingo! Abangku memberikan nombor tersebut. Seperti tadi, aku uruskan apa yg patut. Fuh. Sekarang barulah aku boleh tersenyum sedikit. Terlepas sedikit masalah. Alhamdulillah. Aku duduk di kerusi di hadapan KFC. Sebelah kaki naik di atas kerusi. Sebelah lagi di atas lantai.

Tiba-tiba S lalu di hadapan sambil tersengih-sengih malu melihat aku. Naik menyampah pula aku tengok perangai dia ni. Untuk pengetahuan, S ni memang agak pemalu orangnya bila berduaan dengan perempuan. Maklumlah, dia boleh di kategorikan sebagai lelaki warak walau tak nampak di mata kasar kita.

"Oi! Mana P?"

"Oh emm die kat atm. Nak amik duit."

Aku mengekornya di belakang. Dia tidak mempedulikan aku. Walhal, dialah yang sejak dari tadi bising merisaukan dompet ku. Situasi kami tak ubah seperti strangers. Pftt. Dia hanya akan bising apabila membernya ada bersama. Itu pun depends actually. Well like I said, dia agak menjaga batasnya dengan perempuan.

Tidak lama kemudian P tiba. Akhirnya destinasi seterusnya adalah menghantar aku pulang

"Habis macam mane **?"

Lihat. Dia membuka bicara bila membernya ada disebelah. Kah!

"Block dah. Okay dah. Oh ya nanti, tolong aku angkat barang naik atas"

"Okay"

Sampai di bawah, aku terus keluar dan naik ke atas di temani dua kawanku yang aku tinggalkan di bawah. Sampai di rumah, aku mengetuk pintu rumah bertalu-talu hingga budak berdua tersebut menjadi cuak dan memanggil nickname ku. Mereka hanya tersenyum melihat gelagat ku sambil tercungap-cungap mengambil nafas untuk menstabilkan pernafasan masing-masing.

"Ahh **, kitaorang letak kat sini ekk beg ni."

"Mm. Mekasih"

Aku berterima kasih kepada mereka. Walaupun aku tidak mempercayai kata-kata mereka. Tapi aku tetap menyangka mereka org yg baik. Jujurnya, terima kasih kerana sanggup membantu dan menghantar aku pulang walaupun lambat.

Pintu akhirnya dibuka. Seorang gadis berkulit agak gelap dengan rambutnya berbungkus tuala berwarna hot pink, memandang ku sambil tersenyum. W kemudiannya membuka pagar dan membenarkan aku masuk. Aku tersengih dalam kemarahan.

Aku masuk ke dalam bilik yg ku kongsi dengan dua lagi classmate ku. E dan F. Kah aku lupa samada mereka gembira melihat aku balik ataupun tidak. Aku hanya merebahkan badan ku di lantai simen yang berlapikkan tikar getah.

Kami mula membuka cerita. Aku mula bercerita perjalanan ku dari awal sehingga habis. Mereka hanya terangguk-angguk sekali sekala apabila mendengar aku bercerita. Bermacam juga soalan yang aku dapat bila mereka tahu akan situasiku yang kehilangan dompet.

Aku kemudiannya melawat-lawat sekitar rumah dan berjumpa dengan ex-roomate yang kini menjadi housemate ku dengan roomate merangkap classmatenya di sebelah bilik kami. Seperti tadi. Aku bercerita benda yang sama. Sama juga seperti tadi, mereka bertanya pelbagai soalan apabila mengetahui tentang kehilangan dompet ku.

"Apa je ada dalam dompet tu?"

"Teda apa juga yang penting. Cuma tu la. Ada kad bank dengan sim. Hah! Resit bayaran aku pun ada situ"

"Ade duit ke dalam tu?"

"Pfft. 3ringgit ja"

"Ohh nasib baik. Hmm. Kalau takk. Tapi malanglah siapa dapat dompet kau hahah. Ehh so kad bank?"

"Block dah"

"Ohh. Okay ahh. Nasib baik lahh"

"Eh ic?!"

"Ic nasib baik aku salu pakai. Sebab aku naik flight kan tadi"

"Ohh. So ic ade la."

Mereka kemudiannya bercerita seumpama mak nenek. Aku meninggalkan mereka apabila terdengar namaku dipanggil. Aku bergegas ke bilik sebelah. Sebenarnya lega juga aku apabila dipanggil. Sebab aku dah tak tahu topik apa yg perlu aku buka untuk bercerita dgn mereka. Yalah. Hampir sebulan lebih aku tidak bertemu mereka. Terasa agak awkward juga aku hmm.

Aku kemudiannya mengemaskan barang-barang ku. Mak nenek di dalam bilik ni dah bising membebel melihat barangan ku yang berteraburan di merata tempat. Selesai berkemas, aku mula berbaring di luar. Budak-budak yg lain mula berkurung di dalam bilik masing-masing. Seorang lagi masih belum balik.

Kawanku, E datang menghampiri ku dan turut berbaring di sebelah ku. Kami berbual-bual kosong sehinggalah aku terlelap. Tiba-tiba kedengaran pintu di ketuk. Aku tahu itu pasti A yang baru balik. Aku terkejut lantas berlari ke bilik sambil mataku tidak lepas memandang pintu rumah tersebut. Aku kejutkan E.

"E! Siapa tu?" aku bertanya soalan bodoh. Padahal aku tahu itu A.

"Itu A la. Pegi la bukak" jawab E dalam keadaan mamai.

"Takut" tipu ku. Memang aku agak takut. Tapi sebenarnya aku teramatlah malas untuk membuka pintu.

"Ya Allah budakk nii. Hmm" bebel E kepadaku

E bangun ke arah pintu. Sebaliknya aku pula terus berbaring di sebelah tempat tidur E tadi. Malas hendak mempedulikan apa yang minah tu bebelkan. Aku mengantuk! Aku tinggalkan dua orang minah tersebut dan terus tidur.

09 DISEMBER 2015
Aghh. Its my first day on this semester 2. Malas. Jujur aku malas. Ya lah. Aku baru saja sampai semalam. Penat dan keserabutan ku belum seratus peratus pulih. Sekarang aku terpaksa bangun dan menghadap muka lecture baru ku. Kelam kabut juga aku bersiap pagi ni. Classmate yg lain pun dah siap nampaknya. Hanya tinggal aku yg terhegeh-hegeh bersiap.

Harini hari rabu, menurut mereka, banyak kelas yang cancel kerana lecture terlibat dengan entah apa ka benda. Malas aku hendak mengambil tahu. Bersorak girang aku di dalam hati bila tahu harini hanya ada 1 kelas. Aku mengenakan seluar slack hitam dengan t-shirt hitam yang ku tutupi dengan jaket pemberian politeknik tempat aku menuntut yang juga berwarna hitam dan seperti biasa, tudung bawal crepe yang aku pakai seringkas mungkin pada hari ini.

Sampai di kelas, tak ramai org yg hadir. Ya lah. Hanya ada 1 kelas. Lagipun, hanya 1 jam. Lagi-lagi kelas pagi itu hanya melibatkan pelajar muslim. Padahal sebenarnya kelas aku majoriti beragama Islam. Cis! Sengaja mereka "manfaatkan" 20 peratus kehadiran. Bagi orang yang dah seminggu lebih ponteng kelas, aku tak mungkin mampu berbuat seperti mereka.

Hari ini lecture baru yang mengajar. Jadi, kami hanya saling berkenalan dan berbual kosong memandangkan ramai yg "syahid" bak kata kawan aku. 1 jam berlalu. Kami balik ke rumah dan memulakan sesi makan-makan. Memang aku agak lapar. Ya lah. Rasa-rasanya aku hanya menjamah beberapa nugget sahaja tadi.

Dan harini berlalu seperti biasa.

10 DISEMBER 2015
Guess what? Its my birthday! Hahah. Well actually jujur aku cakap aku tak ingat langsung aku birthday harini. Aku belek telefon. Hanya ada seorang yg wish bday aku. Housemate aku, T. Bila nampak wish tersebut barulah aku pun be like "huh? Ohh. Bday aku rupanya harini hahah" kemudian aku kembali melelapkan mata. Beberapa minit kemudian barulah aku bangun dan mandi serta bersiap-siap utk ke kelas.

Harini ada bengkel. So, Iam gonna wear my slack hitam, t-shirt lengan panjang warna hitam, tudung bawal crepe juga warna hitam dan paling penting, my safety boots. Ku capai sling bag kelabu dan duduk menyertai mereka yang sedang leka menikmati sarapan.

Everyone is so busy wishing my bday. Housmate gua la. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka.

"Happy bday ************" wish housemate ku. Sengaja dia tambah geswaran pada hujung namaku merujuk kepada seorang classmate india yg namanya agak sama dengan ku.

"Bday girl. Bday girl"

Entah mengapa, aku memang kurang berharap akan sesuatu yang meriah akan terjadi pada hari kelahiran ku. Pfft. Mungkin pengalaman me-mind-set kan otak ku agar berfikir my birthday is just like the other day. Its just the same. Mungkin sebab itu juga aku lupa harini adalah hari lahir ku. Kah!

Data internet telefon ku mati harini. Maka aku langsung tidak tahu apa yang terjadi dalam Whatsapp. Ceh hahaha. Maka begitulah hari ku. Aku hanya ingat hari lahir ku apabila ada yang mengucapkannya dan kemudian aku kembali terlupa akan hari ini.

Petang itu, aku mengaktifkan semula tambah nilai akaun kad sim ku. Fuhh. Berlambak Whatsapp yg masuk. Whatsapp dari family, GTM and several friends yang still ingat bday aku. Aku tersenyum melihat wish dari mereka. Lagi-lagi GTM. Teringat pula aku dia merajuk dengan aku gara-gara mesej wish bday ku tidak sampai padanya hahah.

Aku buka group family. Macam-macam wish. Buka group warung. Kah! Sempat nyanyi lagi utk gua. Ahaks. Kembang hati dengar suara-suara sumbang cousin-cousin and makcik aku menyanyikan lagu bday utk aku ahaks. Aku buka lagi beberapa Whatsapp dari mereka-mereka yg ingat hari lahir ku.

Aku screenshots kata-kata mereka dan aku abadikan dalam instagram usang milik ku. Aku tag kawan-kawan yang wish bday ku. Sejurus mem-post-nya, budak-budak kelas yg follow Ig aku, terus buat voice nyanyi lagu bday utk aku. Ceh! Satu versi Islamik. Satu versi omputeh. Memang mereka sengaja bagi VN utk aku. Sebab aku cakap "group warung win sebab siap nyanyi utk aku". Nampaknya budak-budak sengaja bersaing dgn group warung.

Ex roomate aku yg tengah otw balik pun siap nyanyi utk aku. Masa tu dia berada di KL Sentral hahaha. Patut la suara dia menyanyi perlahan gila. Hmm. Tak lama kemudian FF wish. She said "aku ingat mau wish kau 5minit terakhir. Tapi mengantuk dah. So wish awal la hahah" Aku pun be like "patutla xwish awal. Mau wish 5minit terakhir rupanya hahah"

But seriously thanks. To those who wish. I did smile on my day. May Allah bless all of you and may Allah granted everything we guys had been wishing for.

Mengingat kisah aku yg pelupa ni. Terus terimbau kenangan aku tahun lepas.

Flashback....

It was 09 DECEMBER 2014

"Bang! Kau ada apa-apa ka esok?"

"Mm. Ntah. Napa?"

"Ahh ndada"

I had something to plan actually with him. Tapi aku pun telah terlupa rancangan apa yang aku ingin laksanakan menggunakan abang sulung ku itu hoho. Dia hanya memandang ku dengan pandangan hairan sambil berfikir. Aku hanya melihatnya dengan pandangan kosong.

Keesokan harinya... 10 DISEMBER 2014

Aku langsung tidak membuka peti sejuk hari ini. Jadi, aku langsung tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Pagi itu aku terdengar namaku di seru oleh abang sulungku. Aku hanya menjawab "hmm" dan tidak melayan dirinya. Petangnya, aku membuka peti sejuk dan mendapati ada sebiji kek di dalamnya.

"Aii? Siapa punya ni?"

"Kau la!" jawab abang sulung ku.

"aku?!"

"Ha ah! Urg panggil-panggil kau tadi"

"Oh ya ka ahahaha"

Aku tergelak. Serious ini lucu bagiku. Pertama kerana abang sulung ku membelikan kek buatku. Kedua kerana aku lupa hari ini hari lahir ku. HAHAHAHA. Kami kemudian meraikan harijadi ku dengan seringkas mungkin. Kami hanya bergambar dan memotong kek serta saling bersuapan kek. Maka, acara pun selesai.

Otakku kemudian masih memproses mengapa abang membelikan aku kek. Kemudian aku teringat akan soalan ku semalam kepadanya. Mungkin dia fikir aku mengharap kami akan meraikan hari lahir ku hari ini. Walhal aku langsung tidak ingat bahawa hari ini merupakan hari lahir ku. Betapa teruknya memori ini huhu.

13 DISEMBER 2015
Aku hanya terlentang diruang tamu sambil dahiku berkerut-kerut memikirkan sesuatu dan tangan ku mengira-ngira hari aku berada di bumi semenanjung. Cis! Hampir seminggu. Hampir seminggu aku buang masa bergelak ketawa tanpa sedar bahawa kad pengenalan ku telah hilang.

Aku terlalu serabut dengan kehilangan dompetku tempoh hari sehingga aku lupa akan kekasih hatiku, iaitu kad pengenalan. Hari terakhir aku pegang ic itu adalah pada malam aku sampai di rumah ini. Aku ingat lagi. Aku pegang kad tersebut dan tunjuk pada housemate ku. Kemudian, *poof* aku tidak ingat apa yg terjadi. Apa yg pasti, ic aku hilang!

Serabut juga otak ku untuk menyelesaikan masalah ini. Habis satu bilik dan satu rumah aku geledah. Dompet housemate ku juga tidak terkecuali utk di geledah. Tiada! Nothing! Disahkan, ic aku turut menerima nasib yg sama seperti dompet ku. Hilang tanpa jejak.

18 DISEMBER 2015
Hari ini, aku merempit dengan F.  Selalunya aku, W dan T akan menaiki kereta A. Tetapi A telah balik ke kelantan semalam. Sampai saja di kawasan perumahan, aku tidak terus naik ke atas. Sebaliknya aku pergi bermain buaian di tepi gelanggang futsal dikawasan perumahan ku.

Puas bermain, aku naik ke atas dan mengemas barangan yg perlu ku bawa utk balik. Hari ini abg ku H akan menjemput ku balik ke Kuala Selangor. Senangnya dalam hati hanya Tuhan yg tahu.

Aku menunggunya hampir 2 jam lebih kerana dia perlu solat jumaat terlebih dahulu. H bertolak dari Serdang. Tidak lama kemudian, H sampai. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada housemateku dan terus turun mendapatkan H.

"Eh? Nah!" H baru sahaja ingin naik ke atas. Tapi niatnya di batalkan apabila aku tiba di hadapannya.

"Mengapa?"

"Nda. Baru kan naik. Bah! Salam mamiiii"

Aku menyambut dan mengucup tangannya.

"Ok cium sini" H menyuakan pipi kanannya. Kemudian pipi kirinya pula. Aku hanya menurut arahannya.

H memang begitu. Dialah satu-satunya abg ku yg selalu menunjukkan kasih sayangnya kepada kami. Walau hakikatnya, dialah yg paling garang antara abang-abang ku yg lain.

Petang itu, aku mendapat whatsapp dari nombor yg tidak ku kenali. Namun dia memanggil ku dengan nama KID. Aku jadi takut kerana kebiasaannya yg memanggil aku begitu hanya beberapa org. Tapi aku menyangka itu mungkin Lia. Sangkaan ku benar apabila dia memperkenalkan dirinya. Alhamdulillah. Dia sudah kembali pulih. InshaAllah.

Kami bercerita pelbagai benda. Jauh disudut hati aku bersyukur dia telah kembali.

20 DISEMBER 2015
Kami sekarang dalam perjalanan ke Shah Alam. Semuanya gara-gara aku beritahu ic ku telah hilang kepada H. Marah benar H dengan ku. Hari ini juga kami balik ke rumah sewa ku utk mencari ic itu. Namun hasilnya tetap sama. Ia hilang tanpa jejak.

Aku hanya menurut segala arahan H. Kami melaporkan kehilangan ic ku di balai polis Bukit Jelutong. Selesai urusan kami pergi ke pasaraya Giant seksyen 13. Aku hanya membatu sepanjang perjalanan. Fikiran ku kusut memikirkan keberadaan ic tersebut.

"****! Ko mo makan apa?" tanya H walau dalam marahnya.

"Ntah. Ndada moodku kan makan"

Kakak ipar ku kemudiannya memarahi H kerana memarahi ku. Hakikatnya, aku bukanlah hilang mood kerana dimarahi. Tapi aku risaukan ic ku. Aku tidak tahu lokasinya dimana. Aku risau. Ic tersebut mungkin berada di luar sana. Kesejukkan. Ketakutan. Menanti aku utk mencarinya.

21 DISEMBER 2015
Aku duduk dengan gaya biasa ku. Sebelah kaki di atas kerusi. Sebelah lagi, di atas lantai. Santai. Tidak peduli langsung pada mata-mata liar yg mungkin sedang mengutuk atau kehairanan melihat postur diriku. Aku terbuai melihat gelagat setiap manusia yang lalu lalang di hadapan bangunan putrajaya.

Sedang aku leka meneruskan aktiviti ku, seorang pakcik berkopiah maron dalam lingkungan umur 40-an datang menghampiriku dgn seorang kanak-kanak perempuan yang mengenakan baju kurung merah lengkap dgn tudung bawal hitamnya yg ku kira berumur 12 tahun.

Pakcik itu bertanyakan di mana bangunan JPN. Mujur aku juga baru sahaja keluar dari bangunan tersebut. Jadi, tiada masalah buat ku utk menjawab soalan cepumas pakcik berkopiah maron itu tadi. Lagipun, sebentar lagi aku juga akan masuk ke bangunan itu untuk menyelesaikan urusan ku.

Tanpa berlengah lagi, aku terus menunjukkan bangunan tersebut dengan pelat sabahku kepada pakcik tadi. Entah faham entah tidak. Tetapi, pakcik itu kemudiannya mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Aku hanya memerhatikan mereka sambil tersengih sendirian.

Otak ku begitu ligat menyusun ayat novelis apabila melihatkan situasi dua beranak tersebut, terimbau saat aku seusia kanak2 perempuan tersebut. Ayahlah yang sibuk menguruskan aku. Hmm. Saat berjauhan, memang mudah untuk aku terimbau kenangan lalu. Apatah lagi, aku sememangnya seorang yang. agak mudah terkenangkan kisah-kisah silam.

Tiba-tiba dalam aku menerawang jauh, fikiran ku mengeluarkan kata-kata "cis! Aku hanyalah golongan biasa yang berlagak dgn ayat novelis. Walhal aku hanyalah insan picisan di kalangan penulis" Pfft. Aku kemudiannya mengalihkan tumpuanku pada benda lain. Tidak lama kemudian, H datang dan mendapatkan aku. Kami kemudiannya jalan beriringan masuk ke dalam bangunan JPN itu kembali.

*Aku sekarang berada di Kuala Selangor. Menikmati cuti ku. Sengaja aku buat blog ini dalam ayat bajet novel. Itu sahaja yg ingin ku kongsikan.

Copyright Mischievous Four. All right reserved.