HOME | M4

M4

Fake Face

Lahir di bulan May. Yang paling tua dalam Mischievous Four. Dan yang paling ayu, indeed. Tinggi orangnya, tapi tak mahu jadi pramugari sebab dia bersifat gadis melayu (eventhough she is not), tak nak pakai seksi katanya. Atlet masa sekolah dulu. Tapi dia berkulit cerah. Bukan juga kerana faktor dia seorang amoi, tapi kerana dia sangat menjaga kulit daripada sinaran UV matahari. Amoi yang sopan dan berbudi bahasa ini sangat baik, dan dalam pada masa yang sama seseorang yang 'psycho' dan 'witch' juga. Fake Face? Natural born, boleh dikatakan. Dari segi hal yang menutupi kekurangannya, juga dari segi hal marah-marah dan keluh-mengeluh. Fake Face sekarang menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Hebat bukan? Semoga maju jaya untuknya.

Lia Vien

Mencintai bulan Julai, sebagai bulan dia lahir dan bulan membaca. Banyak perihal yang selalu datang daripada dirinya, dari segi percakapan mahupun perlakuan dilabel garang dan agak kasar. Sememangnya begitu la, sungguh. Tapi bukan kerana atas niat yang kurang baik atau memilih menjadi yang kurang menyenangkan. Hanya sekadar menjaga diri, yang sebetulnya lebih fragile, kalah Fake Face. Pendengar yang baik, ataupun sebenarnya orang lebih selesa untuk berkongsi dengannya perihal apapun. Kata mereka, persis seperti ibu. Begitu kah? Meminati Kimia dan Sejarah, lebih daripada segala apa yang ditawarkan dunia. Namun buat masa ini, gadis ini belum mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Tapi, rasa ingin belajar tidak pernah padam.

GreaTroubleMaker

Gadis yang lasak lahir pada bulan November. Lasak? Cukup pada luarannya, boleh dikira. Kerana gadis ini tidak pernah disangka akan menjadi sungguh manja dengan orang keliling yang begitu rapat dengannya. Melucukan pertama kali melalui situasi sebegitu yang datang daripada dirinya. Agak comel. Gadis ini bising. Suka bercerita. Tak berhenti. Dan yang paling hebat tentangnya, boleh buat masalah dengan muka toya dan tak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Sesuai sekali dengan nama alter ego dirinya, bukan? Gadis ini sangat hebat dalam bidang ilmu hisab. Percaya la, ilmu kira-kira memang right on her alley. Tetapi Tuhan maha Kuasa, dia kini menyambung pelajaran dalam bidang Sejarah. Semoga tabah. Dan selamat maju jaya diucapkan.


Brutal Kiddo

Bulan yang terakhir adalah di mana dia melihat dunia. Yang paling bongsu. Dan paling mengada. Yang ini juga kasar. Ah, semua juga perangainya kasar. Sejenis yang speak her mind. Begitu straightforward seperti yang lainnya juga. Manja, tetapi pastinya menafikan. Gadis ini digelar Kiddo dengan senang hati. Bukan juga hanya kerana fizikalnya, tetapi juga dengan pemikirannya. Tetapi semua orang juga bisa menjadi matang. Ya, dia juga. Alhamdulillah, berada di perantauan menjadikan dia begitu matang dan bersifat kendiri. Itu pun, juga kadang-kadang. Kini menyambung pelajaran dalam bidang engineering, gadis ini bukan calang-calang orang. Hatinya lembut, jiwanya kasar. Matangnya bertempat, manja juga. Semoga maju jaya juga untuknya.


Walau di mana berada, terpisah benua mahupun lautan, semoga Tuhan menjadi saksi, ini persahabatan kerana kasih-sayang yang dianugerahkan Tuhan. May God bless. No matter what. No matter where we are at.








Copyright Mischievous Four. All right reserved.